Tuesday, January 20, 2009

PAKEJ FOTOGRAFI 2009

2009 menghadirkan diri dengan krisis ekonomi yang melanda seluruh dunia. Bermulanya harga minyak yang melambung tinggi, krisis bahan makanan dan pengangguran yang semakin bertambah amat merisaukan. Kepada bakal-bakal pengantin, krisis ini sudah tentu melibatkan budget untuk perkahwinan mereka. Tidak terkecuali adalah jurufoto yang menawarkan perkhidmatan untuk gambar perkahwinan.

Bermacam masalah dan pengiraan yang perlu diambil kira untuk menghasilkan satu pakej fotografi yang benar-benar memuaskan. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pengiraan harga pakej adalah kos tetap seperti yuran jurufoto untuk beberapa jam perkhidmatan, kos cetakan foto dan album, kos bateri, susutnilai peralatan mengikut kadar nisbah foto yang diambil, kos perjalanan. Kos berubahnya pula adalah seperti nilai seninya dan 'jenama'nya, upah suntingan atau rekabentuk dan peratus keuntungan yang dikenakan (mana ada perniagaan yang dijalankan jika tidak bertujuan untuk mencari keuntungan).

Bila diperincikan dan dikaji sebenarnya harga pakej itu dikategorikan sebagai "berpatutan" yang membawa maksud apa yang dibayar oleh bakal pengantin adalah berbaloi dengan apa yang diberikan. Mungkin ada jurufoto mengenakan caj yang rendah, itu adalah kerana berpadanan dengan kemahiran, hasil seni, pendekatan, peralatan dan bahan yang dihasilkan mengikut mutu dan tahap jurufoto tersebut.

Bagi jurufoto yang mengenakan caj yang tinggi adalah kerana perkara yang sama seperti peralatannya yang mahal, album yang bermutu dan kepakarannya dalam menghasilkan komposisi yang amat menarik dan "berjenama". Jadi tepuk dada tanya selera, jangan tepuk kocek tengok tanya duit, sebab sememangnya apa yang dibayar dengan setiap sen adalah berharga.

Walau bagaimana pun, bakal pengantin perlu memastikan jurufoto adalah ikhlas dalam menawarkan perkhidmatannya. Satu cara dalam memastikan perkara ini adalah dengan mendapatkan maklumbalas dari kawan-kawan dan ahli keluarga yang pernah mendapatkan khidmat jurufoto tersebut, hebat ka atau hampeh..... Bagi yang mahu memberanikan diri mndapatkan khidmat jurufoto yang belum diketahui 'kelas' perkhidmatannya, silalah buat temujanji dan pastikan jurufoto tersebut menunjukkan portfolionya dan melalui pertemuan empat mata tersebut kita sebagai manusia yang berakal akan dapat menilai seseorang itu melalui percakapan dan gerak gerinya. Jangan bersikap prejudis dan mudah marah, sesungguhnya bakal pengantin hanya mahukan yang terbaik sahaja untuk hari berbahagia mereka. (kebiasaan adatnya perkahwinan itu sekali aje seumur hidup....tapi boleh jugak dua tiga kali...)

Namun bila krisis ekonomi dunia melanda, kita tidak dapat mengelakknya kecuali mereka yang rezekinya melimpah ruah. Atas perkara inilah NorthernWedding menawarkan "Pakej Ransangan Album 5R" khas buat bakal pengantin yang mempunyai naluri untuk "bergambar" dihari berbahagia mereka dengan budget yang berpatutan. NorthernWedding memberikan pakej ini untuk bakal pengantin menikmati "artwork" dan album yang menarik pada kadar yang "berpatutan".

Sila hubungi NorthernWedding melalui email: northernwedding@yahoo.com telefon atau sms 019.572.7191 untuk sebarang pertanyaan dan temujanji disamping menyaksikan sendiri hasilkerja NorthernWedding. NorthernWedding juga boleh memberikan pakej yang diubahsuai mengikut budget bakal pengantin jika maklumat berkaitan diberikan seperti tarikh, masa, lokasi dan budget yang dianggarkan melalui email.

No comments:

Post a Comment